//super awesome !
sweet owner




Diaries Owner Linkies

hello peeps ! This is actually my diary and do not judges. Please keep it as a secret between us, Okay? Xoxo, Mia :*

Status untuk hari indah ✩
Selamat Hari Raya :*



Credits!


basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Mia Qia
Others: β™₯ β™₯ β™₯


Turn on & off .

Hi, Assalamualaikum.

Dah lama rasanya tak ber-blogging memandangkan zaman U ni tersangat lah busy. Busy dengan assignment, test and also event. Dugaan dan cabaran pun banyak yang datang. Well nasib baik Mia seperti selalu, kuat dan gagah 😎 Hahaha. Okay itu ayat bongkak sangat.

Dan seperti tajuk entry kat atas, Mia terasa nak cerita about turn on & turn off. Basically, turn on yang Mia maksudkan adalah sesuatu yang buat kita suka (turn on) dan sesuatu buat kita tak suka (turn off) pada seseorang. Bila kita tengok seseorang, ada satu perkara yang buat kita suka kat dia, tapi kadang-kadang ada benda yang buat kita tak suka kat dia. Dan bagi Mia, setiap orang berbeza turn on and turn off dia. Dan Mia akan senaraikan 10 turn on dan turn off Mia. Huhu, let's get started :-

TURN ON

1. Gentleman.
Mia memang mudah turn on gila bila tengok a guy yang sangat lah gentleman. Dan tak semua lelaki ada sifat gentleman. Kalau ada pun, jarang yang tunjuk. Gentleman ni takdelah kau jadi hamba kepada perempuan, dengan buat segala benda untuk perempuan tu. Just dahulu kan perempuan. Macam contoh, kau kat luar kedai, kau nak masuk kedai, lepastu ada perempuan dalam kedai, nak keluar kedai, guys... You should open the door dan let the lady went out first, seriously dia akan tinggalkan impact yang besar kat perempuam tu. Percayalah, Mia dah dua kali rasa, dan sometimes, kita macam fluttering a bit bila lelaki buat macam tu. Bukan bermaksud perempuan tu takde tangan nak bukak pintu, just be a gentleman. Faham kan? 😚

2. Dress well and smell nice.
Lelaki yang pandai bergaya, dan bau wangi memang buat Mia turn on terus. Even kalau dia pakai t-shirt pun, kena lah nampak kemas. Ada gaya. Tak perlu hipster sangat. Just bila orang pandang kau, orang rasa selesa lah. Dan biarlah berbau wangi. Macam lelaki cepat attract pada bau perfume perempuan, begitu jugak perempuan. Kitaorang ni terpikat pada lelaki bau wangi. Bila duduk dengan lelaki, first thing Mia akan buat ialah, bau. Memang Mia nampak creepy, i'm sorry haha, tapi yeah, bila lelaki tu wangi, pakaian dia kemas, tak handsome atau kaya pun Mia still akan turn on 😍

3. A bit shy and soft spoken.
Okay, lelaki yang ada sikit sifat pemalu ni memang comel habis. Nak lagi dia cakap lembut je dengan kita, okay memang turn on gila. Tapi kalau pemalu sangat pun, perempuan akan rimas. Just sikit malu, dan sometimes, kau buat perempuan tu malu, god, i fall for you. Haha, okay Mia si gatal dah keluar. Lelaki yang malu sikit ni, dan ayat dia lembut, dia nampak sopan. Dan type macam ni, Mia cepat fall in love, cepat turn on 😌

4. Sixpacks.
Okay, mesti ada fikir, Mia ni tak senonoh lah apa lah, haha, tak bukan macam tu, Mia just suka lelaki yang ada sixpacks. Yang suka work out. Tapi Mia tak suka kalau badan besar gila gedabak. Yang berketul-ketul. Itu sangat geli. Just tinggi, badan cantik, ada sixpacks, omg, turn on nya. Hahah. Tapi takdelah Mia ni bukak setiap hari gambar orang sixpacks ke apa ke, just kalau tetiba dia tengah sport ke, lepastu nak lap peluh dia, kita nampak sixpacks dia, hah time tu lah baru turn on. Bukan orang cakap, lelaki work out ni seksi ke? Hahahahaha πŸ˜‚

5. Protective and Caring.
Bila berkawan dengan a guy. Dan bila dia sangat protective atau caring, Mia cepat turn on. Tapi depends cara protective orang. Setakat cakap, "Awak okay? Saya risau" tu taklah protective sangat. Mia ada kawan baik (bff). You know who you are kan? Haha. Dia sangat protective. Mia rasa dia the only guy yang suit my perspective about protective. Kalau jalan, dia akan pastikan Mia selamat, kalau Mia sakit, even luka kecik, dia pergi beli plaster. Bila mia terseliuh kaki, dia balik ambik basikal. Okay. Aku rindu kau. Sangat. Bila dia buat macam tu, Mia akan turn on. Even sikit. Tapi kita janji akan jadi buddies forever kan, so yeah. Sangat untung lah kan siapa dapat kau πŸ˜‰

6. Praise me very well.
Siapa je tak suka kena puji, even sikit, atau tak banyak, kalau kau puji perempuan, perempuan tu still akan suka. Mia cepat turn on kat lelaki yang suka puji Mia. Dengan ikhlas okay, i can smell your sincerity tu. Haha. Nak lagi dia pandang kita, tenung kita. Dengan cara tenungan selesa okay, bukan yang menakutkan. Lepastu dia cakap "Mia ni cantik lah," aduh turn on okay. On gila sampai tak off. Hahah, of course lah si perempuan akan cakap "apa kau ni, manada lah" dengan berlagak biasa, tapi dalam hati dia, dia suka. Percayalah~ πŸ˜‡

7. Full of surprises.
Perempuan dan suprise tak dapat dipisahkan. Trust me, jarang ada perempuan yang tak suka suprise. Nak lagi lelaki tu sweet, segala benda yang buat Mia turn on, lepastu pandai create suprise, hmmmmm ada tak lelaki macam ni kat luar sana? Haha. Mia jarang dapat suprise dari a guy, sebab Mia alone and lonely sampai tahap forever. Uhuks, sedih gila. Tapi takpe, Mia ada Fia. Fia seseorang yang full with suprise. Sebab Mia sayang Fia sangat-sangat, Mia rasa grateful dah ada dia, even takde boyfriend. Psst, Fia, hm nanti birthday aku, aku nak pavlova, balloons, candle pastu hadiah boyfriend tau. Tak larat dah alone dan always tengok kau bahagia. Huhu, jk. Apa ni cerita pasal Fia ni. Haha, so kalau ada lelaki macam Fia, Mia memang turn on yeay ☺️

8. Love to smile and laugh.
Okay ni agak pelik lah, act Mia suka lelaki yang muka sombong, berlagak, jenis bad boy. Tapi Mia turn on kalau lelaki tu kuat senyum dan ketawa. Pandang Mia, dia senyum. Cakap sambil senyum. Lepastu ketawa bila perlu. Takdelah setiap masa buat gelak bodoh. Dan best kalau dia boleh buat Mia senyum dan ketawa. Funny guy pun Mia boleh turn on. Tapi depend mood. Basically setakat senyum tu, Mia boleh turn on dah 😘

9. Adventurous guy.
Mia suka perkara yang mencabar, so Mia suka lelaki yang suka cabaran. Ada setengah lelaki, yang bila dia buat sesuatu dan mencabar, Mia akan turn on. Mia suka lelaki yang bawak kereta satu tangan. Mia turn on. Yeah, I know bahaya. Jangan buat. Just turn on Mia ni merepek. Ntah kenapa suka tengok a guy bawak satu tangan. Mia suka lelaki yang banyak idea nak buat apa dengan kita. Dari lelaki yang ikut je apa perempuan tu nak. Tak mencabar langsung. Be a guy that makes the relationship adventure. Baru best 😝

10. Patience.
Sekarang, dah tak banyak lelaki sabar. Semua sekarang suka marah je. Haha tapi yeah, perempuan pun sama je. Sekarang dunia semua benda nak cepat. Tapi Mia suka lelaki yang sabar. Walau dia rasa nak marah, dia tak lepaskan kat Mia. Dia ambik masa dia sendiri untuk cool down dan tak tunjuk kat Mia. Rasa turn on. Bila Mia pulak marah kat dia, dia sabar je. Senyum je. Wah, rasanya takde lelaki macam ni. Hahaha. Amboi kau Mia, lelaki marah tak boleh, kau marah boleh eh. Takdelah, sama sama sabar kan bagus. Baru sweet 😳

TURN OFF 

1. Smoking.
Okay, i'm sorry, Mia memang tak boleh suka pada lelaki yang merokok. First, merokok tu tak elok. Dan sec, mia tak boleh bau asap rokok. Dan segala jenis yang mengeluarkan asap, Mia tak suka. Mia banyak kawan yang smoke, yeah, sebagai kawan Mia tak kisah tapi untuk suka, Mia tak boleh. Once dia merokok, Mia terus turn off 😷

2. Using my money in everything.
Well, ada orang kata elok kalau kau cari perempuan yang tak kikis duit kau. Same goes to perempuan, kitaorang pun tak suka lelaki yang guna duit kitaorang sepanjang masa. Bagi Mia, kalau lelaki tu keluar, jadilah gentleman, kau sanggup ke tengok girlfriend kau bayar? Dan kalau kau rasa kau takde duit, kau jangan ajak dia keluar atau tolak bila dia ajak kau keluar. Macam Mia, Mia tak suka lelaki spend duit dia untuk Mia. Sebab tu, kalau dia belanja Mia, Mia akan belanja dia balik. Tapi kadang-kadang Mia suka tengok lelaki yang gentleman, yang tolak bila Mia belanja dia. Ini tak, kau tunggu je girlfriend kau bayar semua nya. Kalau Mia, dan terus turn off dah 😢

3. Using harsh word.
Lelaki yang banyak guna bahasa kasar ni basically cepat buat Mia turn off. Tapi kalau kawan, Mia tak kisah. Sebab Mia memang tak boleh suka kawan sendiri. So Mia pun kadang-kadang guna je bahasa kasar dengan dorang. Tapi untuk lelaki yang Mia suka, once dia gunakan harsh word untuk Mia, Mia cepat turn off. Kan Mia suka lelaki yang sopan. Hahah 😬

4. Flirting around.
Guys yang macam ni akan buat semua perempuan turn off. Kalau semua perempuan kau nak baik, nak layan pun tak boleh jugak. Friendly tu bertempat. Kalau kau rasa kau suka only a girl, kau show lah kat dia yang kau betul betul sayang dia. Ni semua perempuan kau nampak, kau sayang, kau suka. Dan guys macam ni memang Mia terus turn off. Sangat turn off 😠

5. Talks bad about others.
Selalu perempuan yang akan gossip sana sini. Kutuk mengutuk. Astaghfirullah. Hehe. Tapi Mia turn off kalau ada lelaki yang suka sangat kutuk orang lain. Mulut kalah perempuan. Mia suka lelaki yang cool. Yang tak kuat mengutuk. Sometimes dia nasihat kan kita supaya tak jadi macam tu. Baru lah betul. Ni dia sebagai lelaki, dia kutuk orang tu, kalah perempuan. Lepastu bebel bebel. Kalah bebelan Mia πŸ˜ͺ

6. Hot temper.
Uu, ni Mia tak boleh go. Mia akan terus turn off. Lelaki yang panas baran sangat lah bukan type Mia. Minta dijauhkan lah jodoh Mia dengan lelaki macam ni. Tegas okay. Tapi kalau semua benda nak marah, Mia memang rimas. Nak lagi Mia ni sifat K (Bagi sesiapa yang belajar NLP). Mia seorang yang sensitif. Cepat terasa dan suka simpan. Jadi kalau lelaki tu tinggi kan suara je, automatik Mia rasa dia marah Mia. Dan yeah, Mia turn off. Walau macam mana Mia sayang seseorang, kalau dia seorang yang kuat marah, Mia still akan turn off 😨

7. Not matured.
Mia tak tahu nak cakap macam mana sifat kematangan ni. Just bagi Mia, bila Mia tengok seseorang, sifat dia kebudak-budakan dengan Mia, Mia akan rasa dia tak matang. Well lelaki macam ni, Mia akan cepat turn off. Manja dengan Mia tu depends mood. Mia ni jarang manja manja, so maybe type Mia akan dapat seorang yang manja. Tapi manja yang matang. Faham tak? Mia pun tak faham apa mia merepek ni haha 😭

8. Doesn't take care of his image.
Selekeh,lepastu perangai yang buatkan Mia malu kalau dating dengan dia, so lelaki macam ni Mia akan turn off. Well, Mia suka lelaki yang Mia basically selesa lah dengan dia. Pakaian dia, watak dia, percakapan dia, semua lah Mia selesa. Tak perlu overdose. Asalkan jaga image dia 😣

9. Disgusting.
Pengotor is seriously not my type. Mia tahu lelaki ni jenis yang tak kisah. Apa apa bagi dorang biasa je, dan Mia sangat turn off bila lelaki macam ni. Mia lebih suka yang pembersih. Tapi Mia kadang-kadang pengotor jugak. Hahahaha gelak sikit. Tapi takdelah pengotor bila dengan seseorang yang Mia suka. Alamak. Siapa je tak pengotor dalam dunia ni hahaha 😱

10. K-popers.
Hahaha, actually running man is not kpop. Dan Mia layan running man. Sometimes tengok jugak lah we got married sebab kita alone. Mampu tengok je orang sweet. Dan layan korean drama. Dan sometimes dengar sikit lagu kpop. Tapi tak obses. And lelaki yang buat apa mia buat ni sangat lah mengelikan. Mia turn off. Setakat dia layan runningman, Mia okay lagi. Tapi kalau style dia, dengar lagu kpop, layan drama kpop. Kalah Mia, Mia memang tak boleh go lah. Hahaha. Memang turn off habis 😡

Hahaha, well gigih tak Mia type panjang-panjang turn on and off Mia? Well mana yang mungkin terasa dengan apa Mia tulis, Mia minta maaf. Ni adalah turn on dan off mia pada seseorang yang mia suka. Ada sebab kenapa mia suka dia dan tak suka dia. Tapi kalau ditakdirkan jodoh Mia bukan lah orang yang banyak buat Mia turn on, dan banyak yang turn off, Mia terima. Jodoh Allah tu kan indah. Wah, hebat Mia bagi kata-kata sekarang. Haha, tapi tak semua benda kita sempurna. Mia pun banyak turn off yang ada dalam diri Mia. Depends diri masing masing. Okay penat bebel, penat type. Battery pun dah dying dah. So berharap akan rajin tulis next post. Huhu. Sampai ketemu lagi ya teman-teman. Jaga diri kalian ya,

Bye peeps, xoxo
EnAiYe, MA :*